// SYaKiLLa SyEd AlWi


Welcome everyone! Enjoy reading yaa! (Y)


► My Biography
► My Diary






» February 2011
» March 2011
» July 2011
» August 2011
» September 2011
» December 2011
» March 2012
» July 2012
» March 2013
» May 2013
» January 2016
» March 2016
» April 2016


Older Post | Newer Post
Backpacker ke Melaka
Tuesday, January 26, 2016 | 5:05 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
 
Kali ni nak cerita bajet and tips ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Iolss pergi time cuti Hari Krismas 2015. First time nak jejak kaki ke Melaka ni. Ouhh memang bad luck betul lah. Tapi nak buat macam mana, ketar kaki sangat nak pergi sampai tak menyempat, siap bermasam muka lah dengan husband sbb dia kata pergi next time laa.
 
Merajuk punya pasal, alih alih husband kata ok jom pergi. Haa baru muka ada senyum. Kahkah. Buruk betul perangai.
 
Book laa hotel sehari sebelum. Dengan harapan pergi nanti well managed sikit. So kitorang dari JB around 3 hour plus jugak baru sampai hotel. Dengan tarik beg roda acah2 travel jauh laa kononnya. Sampai je sana, receptionist kata room not available. Full house. Mati laa nak. Nak cari mana hotel malam malam. Dah laa berpandukan GPS phone aje, battery drained pulak tu. Nak menangis rasa. Menyesal pulak tak ikut cakap husband. Derhaka lagi. Padan dengan muka.
 
So kami teruskan perjalanan kami ke Bandar Hilir. Dengan harapan ada laa sisa sisa bilik untuk kami tidur malam tu. Tapi most of the hotel full book! Cari punya cari, jumpa hotel Orkid. Bila tanya still ada room available, harga RM250!! for one night. OMG, mahaiii nya. Tapi takde pilihan. Terpaksa. Sebab dah malam, bateri takde. Takpelah, sis tabah. Huhu. Biliknya tak lawa mana, biasa aje. Maybe hotel lama kan.
 
After check in and mandi semua, nak jalan jalan laa sekitar Bandar Melaka. Jalan kaki aje, tapi berlecak lah ketiak. Nampak beca, kami pun tanya harga. RM10 ke Fort De Santiago. Pakcik tua yang kayuh, kesian pulak dekat dia. Dah laa kami ni sado orangnya. Tapi dia kata takpe memang kerjanya. Kami kasi upah lebih, sebab dia peramah plus baik bercerita macam2. Puas ambik gambar sana sini, perut pun dah berbunyi. Kedai makan tak banyak. Tambah2 sis tak minat asam pedas. Lagi lah susah. Jumpa satu kedai makan ni, tengok macam sedap sangat tapi hampeh. Tak luak pun. Tak leh masuk tekak. At last balik hotel tido.
 
Fort De Santiago. yeayyy dah sampai Melaka
 
 
Bangun pagi breakfast kat hotel, bayar mahal tapi makanan tak banyak. Nasi lemak, kuey teow, bubur, roti and kuih sejenis. Tak berbaloi sis rasa. Sedihh ! After breakfast, jalan lagi area Bandar Hilir. Then balik hotel check out and straight pergi Klebang. Nak rasa coconut shake punya pasal. Tapi memang betul, coconut shake dia memang sedap. Lain dari yang lain tau. Tak sama negeri lain buat. Lepas lunch balik JB.
 
Acah2 nak travel bajet, tapi nah ambikkkk. Over bajet pula. Redah aje laa. Janji terlepas hajat nak ke Melaka. Meh kita buat pengiraan sikit..
 
HOTEL : RM 250/night
MINYAK : RM 100/pergi balik
TOL : RM50/pergi balik
MAKAN : RM 100
 
So total semua RM500 untuk sehari setengah. Tak berbaloi langsung kan. Boleh pergi Thailand tau dengan bajet ni. Emmm, so kalau u'olls nak pergi. Make sure bukan time cuti perayaan, book awal awal. Call hotel tu untuk confirmkan. Kalau tak, jadi macam sis.
 

PAST | PRESENT