// SYaKiLLa SyEd AlWi


Welcome everyone! Enjoy reading yaa! (Y)


► My Biography
► My Diary






» February 2011
» March 2011
» July 2011
» August 2011
» September 2011
» December 2011
» March 2012
» July 2012
» March 2013
» May 2013
» January 2016
» March 2016
» April 2016


Older Post | Newer Post
Backpacker to Hatyai
Wednesday, January 27, 2016 | 2:27 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Hai semua. Hari ni nak update tips and bajet untuk para para backpacker sekalian. Lokasi kali ni adalah Hatyai, Thailand. Ini memang tempat feveret sis tau. Makan sedap plus shopping murah.
Sis pergi hujung bulan lepas, which is 30/12. Konon konon nak sambut new year kat oversea laa. Kelass kau kiah..

Hatyai ni tempat yang best tau, lagipun mostly people can speak Malay. So quiet easy for us to communicate. Tapi disebabkan currency kita jatuh, jadi duit dorang lebih mahal dari kita. Kalau sebelum ni 100baht sama dengan RM10. Tapi sekarang mungkin dalam RM12++. Sis dari JB, ingat nak naik flight tapi leceh nak transit sana sini. So kami naik bus sahaja. Bertiga sahaja trip kali ni. Me together with husband and my BFF, yeayyy dapat bercuti dengan husband and BFF sekali.

Naik bas malam 30/12, sampai Alor Setar esoknya pagi. Around 12 hour. Bila sampai sana, tunggu kawan sis sampai, breakfast and ambik taxi pergi stesen KTM. Tiket KTM sis dah beli on9. Direct dari Alor Setar - Hatyai, just stop dekat Padang Besar, untuk cop passport. Settle everything, get in your train then ready berlepas. Yeayyyy ! Sampai Hatyai check in, ini pun sis dah book through Agoda. Relax and santai santai, then bermula lah sesi teroka Hatyai! Habis semua shooping complex yang ada kami redah. Puas shopping, mcam biasa laa. Melantak bagi kenyang. Tapi sini satu aje, makanan mahal ! Even korang ambik nasi dengan ikan je, harga dah 100baht tau. Jangan terkejut, telan je air liur tu k. Malam ada konsert besar besaran untuk sambut new year. Askar dia beratus orang tau berkawal. Sebab takut ada kes bom. Kan Thailand selalu bom sana sini. Memang meriah, beribu manusia. Rakyat Malaysia pun ramai.

Floating Market Hatyai, syurga makanan wooo
 
 
First time gajah. Scaryyy

 
Korang kena cuba ni k. Setiap entry kalau pergi sini wajib sis update suruh try ni
 
This one also must try! Aiskrim yang sangat sedap. Harga Murah! Swensens pastinyaaa
 
Next day, kami sewa satu Tuk Tuk bawak pergi jalan. Die offer bawak pergi 4 tempat. Gajah, Ice dome, Muzium and Floating Market. Floating Market is a must go place okay! Sampai petang, kami tawaf lagi Bandar Hatyai. Sampai nak tercabut kaki, then balik tido.

Pagi, jalan lagi sampai Lebam. Pukul 12 check out. Naik train balik Alor Setar. Cadangnya nak stay Alor Setar semalam. Tapi ada problem yang tak dapat nak elak. Terpaksa batalkan hasrat. Just pergi Jubli Emas buat lepas hajat, malam naik bas balik JB.

Total spent :

BAS : RM 160 (return ticket)
TRAIN : RM30 (return)
TEKSI : RM 15
HOTEL : RM40 (dua malam)
TUK TUK : RM100 (divide by 3)
TIKET NAIK GAJAH : RM60 (sorang)

Makan dengan shopping asing ye adik adik. Ikut perut korang. Kalau bela saka tu, makan banyak jangan Tanya kenapa. Sis dengan husband habis RM900 untuk 2 orang. Cover everything laa tu. Shopping semua complete!

Backpacker ke Melaka
Tuesday, January 26, 2016 | 5:05 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
 
Kali ni nak cerita bajet and tips ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Iolss pergi time cuti Hari Krismas 2015. First time nak jejak kaki ke Melaka ni. Ouhh memang bad luck betul lah. Tapi nak buat macam mana, ketar kaki sangat nak pergi sampai tak menyempat, siap bermasam muka lah dengan husband sbb dia kata pergi next time laa.
 
Merajuk punya pasal, alih alih husband kata ok jom pergi. Haa baru muka ada senyum. Kahkah. Buruk betul perangai.
 
Book laa hotel sehari sebelum. Dengan harapan pergi nanti well managed sikit. So kitorang dari JB around 3 hour plus jugak baru sampai hotel. Dengan tarik beg roda acah2 travel jauh laa kononnya. Sampai je sana, receptionist kata room not available. Full house. Mati laa nak. Nak cari mana hotel malam malam. Dah laa berpandukan GPS phone aje, battery drained pulak tu. Nak menangis rasa. Menyesal pulak tak ikut cakap husband. Derhaka lagi. Padan dengan muka.
 
So kami teruskan perjalanan kami ke Bandar Hilir. Dengan harapan ada laa sisa sisa bilik untuk kami tidur malam tu. Tapi most of the hotel full book! Cari punya cari, jumpa hotel Orkid. Bila tanya still ada room available, harga RM250!! for one night. OMG, mahaiii nya. Tapi takde pilihan. Terpaksa. Sebab dah malam, bateri takde. Takpelah, sis tabah. Huhu. Biliknya tak lawa mana, biasa aje. Maybe hotel lama kan.
 
After check in and mandi semua, nak jalan jalan laa sekitar Bandar Melaka. Jalan kaki aje, tapi berlecak lah ketiak. Nampak beca, kami pun tanya harga. RM10 ke Fort De Santiago. Pakcik tua yang kayuh, kesian pulak dekat dia. Dah laa kami ni sado orangnya. Tapi dia kata takpe memang kerjanya. Kami kasi upah lebih, sebab dia peramah plus baik bercerita macam2. Puas ambik gambar sana sini, perut pun dah berbunyi. Kedai makan tak banyak. Tambah2 sis tak minat asam pedas. Lagi lah susah. Jumpa satu kedai makan ni, tengok macam sedap sangat tapi hampeh. Tak luak pun. Tak leh masuk tekak. At last balik hotel tido.
 
Fort De Santiago. yeayyy dah sampai Melaka
 
 
Bangun pagi breakfast kat hotel, bayar mahal tapi makanan tak banyak. Nasi lemak, kuey teow, bubur, roti and kuih sejenis. Tak berbaloi sis rasa. Sedihh ! After breakfast, jalan lagi area Bandar Hilir. Then balik hotel check out and straight pergi Klebang. Nak rasa coconut shake punya pasal. Tapi memang betul, coconut shake dia memang sedap. Lain dari yang lain tau. Tak sama negeri lain buat. Lepas lunch balik JB.
 
Acah2 nak travel bajet, tapi nah ambikkkk. Over bajet pula. Redah aje laa. Janji terlepas hajat nak ke Melaka. Meh kita buat pengiraan sikit..
 
HOTEL : RM 250/night
MINYAK : RM 100/pergi balik
TOL : RM50/pergi balik
MAKAN : RM 100
 
So total semua RM500 untuk sehari setengah. Tak berbaloi langsung kan. Boleh pergi Thailand tau dengan bajet ni. Emmm, so kalau u'olls nak pergi. Make sure bukan time cuti perayaan, book awal awal. Call hotel tu untuk confirmkan. Kalau tak, jadi macam sis.
 

5 years ago
| 2:19 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
 
Bila jari dah terasa rajin. Hari hari pun nak diupdate blognya. Huhu. Kalau dah malas. Bertahun tahun langsung tak usik!
 
Hari ni puas belek album lama lama. 5 tahun lepas punya. Nah kauu, berdekah dekah gelak. Betapa buruknya dulu. Hitam, rambut keringting, kusam. Complete pakej laa senang cerita.
 
Bukan senang tau nak jadi macam sekarang. Macam macam produk ambik. Tanggung laa risiko apa pun. Nak lawa punya pasal. Penah inject vitamin C yang macam Adira ambik tu.. Haaa ajet ajet artiss kauu. Tangan sana sini Lebam macam dah gaya mat pekk.
 
Tapi Alhamdulillah, semua berkesan. Vitamin pun dah berbotol botol den telan. Redha ajelaa.
 
 
 
 

And sekaranggggg... teng teng teng teng...

 
 
 
 
Kan ade orang kata, BEAUTY IS PAIN. Nak lawa nak segak kena tanggung risiko. But make sure research dulu pasal produk tu. Or else muka korang bertambah buruk. Karang elok2 nak lawo, jadi makin buruk. Jangan main bedal aje k ! Selain tu, kena banyak minum plain water, makan buah especially orange ! Good for our skin because it rich with vitamin C.



ADEKA 2nd Annual Dinner
Monday, January 25, 2016 | 11:17 AM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
 

Selamat pagi and selamat bercuti pada yang bercuti hari ni sempena perayaan Thaipusam semalam kan. Tapi company kita kerjaa awaa. Tskk tskk ! Husband dah sibuk mengejek awal awal pagi sebab kena pergi kerja. Dia seronok boleh mereput kat rumah sehari. Nasib laa nakk!

Okay, tujuan entry ni ditulis untuk share memory dinner last Saturday. Well, even staff tak ramai tapi meriah. Yelah, staff pun tak sampai 50 orang. Kilang ape kan? Normally kilang 100 lebih staff. Tapi bila staff sikit ni, dinner pun grand sikit lah kan. Held at 4 star Hotel which is Grand Paragon Hotel, located in JB. Makanan pun not bad. Chinese cuisine. Tapi iolss tak makan banyak. Nak nak bila dia serve sea cucumber (gamat), wekkk geli tekak makk ! I'olss masuk karaoke contest, tapi takde luck. Demam, selsema, batuk so suara jadi sengau sengau ubi. Hampeh betul time2 ni laa nak demam nya.
Tapi lucky draw lumayan, RM300 Aeon voucher. Sooo... lets shopping!

Melaram tak melaram mana pun. Janji pakai baju. Kang tak pakai baju, lari semua orang balik. Kahkah. At first ingat nak sewa aje, tapi husband kata rugi. Pakai sekejap je. Then he said beli lah, nanti dia kasi duit. Haa yang tu memang I'olss nak dengar sangat tu. Kasut, shawl guna yang mana ada. Handbag tak perlu, tak suka. Disebabkan I'olss ni nyanyuk. Nnt tertinggal handbag tu susah.
So dah settle bahagian attire, lets move to make up. Kita pakai khidmat kak andam laa. Sis Yan nama dia, comel orang nya. Kulit dia makk aii, gebu gebas. Mekap pun cantik. Murah aje RM60 ye uolss. Murah tak? Haa

I'olss rasa macam sweet sangat aje malam tu. Hahaha. Tak salah kan sesekali perasan !

 With my colleague.

Pinjam phone orang lepas tu kau selfiee puas puas. Haha

Kak umie :)
 
Dengan Kak Kia. Dah macam orang nak bertunang kan? Hihi
Inipun sis Yan yang mekapkan. Dengan harga yang sama okay. Boleh contact si yan melalui link fb ni ye SOLEKAN MURAH JOHOR
 

Okay, that's all for today. Jumpa next entry ya :)

My Simple Wedding
Thursday, January 21, 2016 | 3:00 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Hai semua, rasanya terlalu lama tak update blog kesayangan ni. This year already 2016. Means killa pun dah 24 years old. Oh my God, pejam celik pejam celik sekejap je dah 24 tahun. Status pun dah berubah. Sekarang dah jadi isteri orang. Dah almost 6 month kawen. 19/07/2015 merupakan tarikh pernikahan kami. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Walaupun perkahwinan ni atas pilihan keluarga (acah2 drama tv gittew) tapi betul orang kata restu orang tua ni Insyaallah kita akan bahagia. And yes, I'm happy. Dapat suami yang helpful much, buat kerja rumah, memasak, basuh baju semua.

Tak semua perkahwinan pilihan keluarga tu pahit, dan tak semuanya indah. Terpulang pada kita nak mencoraknya macam mana.

Diberi masa 2 bulan je for wedding preparation mmg laa bajet yang ada tight sangat (bukan kawen dgn anak datuk mcm dalam drama ye. hehe) Banyak nya killa urus sendiri aje. Dari segi wedding card, pelamin, banner, doorgift, hantaran, baju pengantin. Semua DIY. Mungkin dimata orang tak cantik, tak lawa and tak megah. Tapi killa tak kerja lagi masa tu. Mana yg ada, kita buat aja. Mmg rasa terkilan tak dapat buat apa mcm yang kita impikan tapi parent kata buat yang wajib je.

So layankan jelaa gambar kat bawah ek. Hihi

Baju pun tempah dengan kawan. Beading jahit sendiri. Shawl and veil buat sendiri. Jimat bajet.

Pelamin DIY sendiri dibantu makcik makcik aje

First oudoor.

Hantaran pun DIY

Makeup yang letup letup ni dari MUA Manjer Touch

Second outdoor.
 
 
Alhamdulillah, walaupun simple dan bajet-bajet aje, tapi meriah. Yang penting dah nikah. Yeke idok? Yang penting bahagia.


PAST | PRESENT