
![]() ![]() Welcome everyone! Enjoy reading yaa! (Y) ![]() ► My Diary ![]() ![]() » February 2011 » March 2011 » July 2011 » August 2011 » September 2011 » December 2011 » March 2012 » July 2012 » March 2013 » May 2013 » January 2016 » March 2016 » April 2016
| Tuesday, January 26, 2016 | 2:19 PM | 0 Sweet Princess
Bila jari dah terasa rajin. Hari hari pun nak diupdate blognya. Huhu. Kalau dah malas. Bertahun tahun langsung tak usik!
Hari ni puas belek album lama lama. 5 tahun lepas punya. Nah kauu, berdekah dekah gelak. Betapa buruknya dulu. Hitam, rambut keringting, kusam. Complete pakej laa senang cerita.
Bukan senang tau nak jadi macam sekarang. Macam macam produk ambik. Tanggung laa risiko apa pun. Nak lawa punya pasal. Penah inject vitamin C yang macam Adira ambik tu.. Haaa ajet ajet artiss kauu. Tangan sana sini Lebam macam dah gaya mat pekk.
Tapi Alhamdulillah, semua berkesan. Vitamin pun dah berbotol botol den telan. Redha ajelaa.
And sekaranggggg... teng teng teng teng...
Kan ade orang kata, BEAUTY IS PAIN. Nak lawa nak segak kena tanggung risiko. But make sure research dulu pasal produk tu. Or else muka korang bertambah buruk. Karang elok2 nak lawo, jadi makin buruk. Jangan main bedal aje k ! Selain tu, kena banyak minum plain water, makan buah especially orange ! Good for our skin because it rich with vitamin C.
Monday, January 25, 2016 | 11:17 AM | 0 Sweet Princess
Selamat pagi and selamat bercuti pada yang bercuti hari ni sempena perayaan Thaipusam semalam kan. Tapi company kita kerjaa awaa. Tskk tskk ! Husband dah sibuk mengejek awal awal pagi sebab kena pergi kerja. Dia seronok boleh mereput kat rumah sehari. Nasib laa nakk!Okay, tujuan entry ni ditulis untuk share memory dinner last Saturday. Well, even staff tak ramai tapi meriah. Yelah, staff pun tak sampai 50 orang. Kilang ape kan? Normally kilang 100 lebih staff. Tapi bila staff sikit ni, dinner pun grand sikit lah kan. Held at 4 star Hotel which is Grand Paragon Hotel, located in JB. Makanan pun not bad. Chinese cuisine. Tapi iolss tak makan banyak. Nak nak bila dia serve sea cucumber (gamat), wekkk geli tekak makk ! I'olss masuk karaoke contest, tapi takde luck. Demam, selsema, batuk so suara jadi sengau sengau ubi. Hampeh betul time2 ni laa nak demam nya. Tapi lucky draw lumayan, RM300 Aeon voucher. Sooo... lets shopping! Melaram tak melaram mana pun. Janji pakai baju. Kang tak pakai baju, lari semua orang balik. Kahkah. At first ingat nak sewa aje, tapi husband kata rugi. Pakai sekejap je. Then he said beli lah, nanti dia kasi duit. Haa yang tu memang I'olss nak dengar sangat tu. Kasut, shawl guna yang mana ada. Handbag tak perlu, tak suka. Disebabkan I'olss ni nyanyuk. Nnt tertinggal handbag tu susah. So dah settle bahagian attire, lets move to make up. Kita pakai khidmat kak andam laa. Sis Yan nama dia, comel orang nya. Kulit dia makk aii, gebu gebas. Mekap pun cantik. Murah aje RM60 ye uolss. Murah tak? Haa
I'olss rasa macam sweet sangat aje malam tu. Hahaha. Tak salah kan sesekali perasan !
Dengan Kak Kia. Dah macam orang nak bertunang kan? Hihi
Inipun sis Yan yang mekapkan. Dengan harga yang sama okay. Boleh contact si yan melalui link fb ni ye SOLEKAN MURAH JOHOR
Okay, that's all for today. Jumpa next entry ya :)
Thursday, January 21, 2016 | 3:00 PM | 0 Sweet Princess
Hai semua, rasanya terlalu lama tak update blog kesayangan ni. This year already 2016. Means killa pun dah 24 years old. Oh my God, pejam celik pejam celik sekejap je dah 24 tahun. Status pun dah berubah. Sekarang dah jadi isteri orang. Dah almost 6 month kawen. 19/07/2015 merupakan tarikh pernikahan kami. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Walaupun perkahwinan ni atas pilihan keluarga (acah2 drama tv gittew) tapi betul orang kata restu orang tua ni Insyaallah kita akan bahagia. And yes, I'm happy. Dapat suami yang helpful much, buat kerja rumah, memasak, basuh baju semua. Tak semua perkahwinan pilihan keluarga tu pahit, dan tak semuanya indah. Terpulang pada kita nak mencoraknya macam mana. Diberi masa 2 bulan je for wedding preparation mmg laa bajet yang ada tight sangat (bukan kawen dgn anak datuk mcm dalam drama ye. hehe) Banyak nya killa urus sendiri aje. Dari segi wedding card, pelamin, banner, doorgift, hantaran, baju pengantin. Semua DIY. Mungkin dimata orang tak cantik, tak lawa and tak megah. Tapi killa tak kerja lagi masa tu. Mana yg ada, kita buat aja. Mmg rasa terkilan tak dapat buat apa mcm yang kita impikan tapi parent kata buat yang wajib je. So layankan jelaa gambar kat bawah ek. Hihi
Baju pun tempah dengan kawan. Beading jahit sendiri. Shawl and veil buat sendiri. Jimat bajet.
Pelamin DIY sendiri dibantu makcik makcik aje
First oudoor.
Hantaran pun DIY
Makeup yang letup letup ni dari MUA Manjer Touch
Second outdoor.
Alhamdulillah, walaupun simple dan bajet-bajet aje, tapi meriah. Yang penting dah nikah. Yeke idok? Yang penting bahagia.
Thursday, May 2, 2013 | 5:22 PM | 1 Sweet Princess
Finally, setelah 5bulan book tiket. dapat jugak menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Destinasi yang kami pilih untuk percutian kali nie adalah BANDUNG, JOGJAKARTA @YOGYAKARTA, dan yang paling pasti tak lain tak bukan BALI ! haha
Seronok? Memang seronok. Tak dinafikan. Disebabkan book tiket flight awal, dapat lah murah. Dah tentu AIRASIA (Now everyone can fly). Hahaha. Dari KL/Bandung(RM130), Bandung/jogja kami naik train je (RM50), Jogja/Bali flight (RM59), dari bali kami transit ke Singapore also naik flight (RM99). See? Berbaloi kan ?
Okay, done story pasal tiket, now lets story mory about the interesting destination about that three places. First, BANDUNG. Kami menginap di Serena Hotel. Tapi killa lupa harganya. Hotel yang sangat selesa. Bandung merupakan destinasi wajib pergi bagi shoppaholic okay ! Murah giler babi u'olss. Rambang mata kot. Pilihan sangat banyak. Tempatnya adalah pasar baru. Telekung, kain pasang, langsir and macam2 lagi. Kat sini nak g mane2 naik angkot, sejenis kenderaan awam di bandung. Yang bestnya, dekat bandung, kami kenal sorang family. Baik sangat. Bapak Tony dan Ibu Yuliasari. Dorang yang banyak bantu kitorg dari segi jalan, tempat menarik, even hotel pun. Yang paling curlasss sekali, kami diajak dinner di puncak bukit tengok seluruh kota bandung. What a awesome moments right?? Kami di bandung 3 hari je. Selain pasar baru, Ibu belanja masuk Trans Studio Bandung, ala-ala Times Square gitu. Lawa sangat !
*serena hotel
*shopping (muka puas ! hahaha)
*dinner di puncak with bapak and ibu
*TRANS STUDIO
After bandung, kami ke JOGJAKARTA. Dekat sini, destinasi wajib pergi adalah marlioboro. Batik sumpah murah, kraftangan and banyak lagi. Kali nie bapak sponsor lagi kereta sewa dengan supir (pemandu) untuk bawak kami ronda satu jogja untuk tempoh 12jam. Mereka mmg baik. So, berpeluanglah kami ke candi borobudur. Salah satu Buddhist Temple yang sangat cantik dan unik. Telah diiktiraf oleh UNESCO. Tiketnya sangat lah mahal. RM60 bagi pelancong dan RM10 bagi penduduk tempatan. Jauh gila kan bezanya ? hmm. Ini pun bapak yang bayarkan :) Kami juga dibawa melawat BATIK HOUSE dan pusat kraftangan Jogja. Kami bermalam di jogja. Harga bilik RM 45. Agak mahal tapi dekat dengan airport sebab flight ke bali 6pg. hee
*railway station
*borobudur
5/4 kami bertolak ke BALI. Hoyeahhhh ! sampai jugak ke sini. Finallyyyyy *lompat gembira
Kan orang kata bali pulau yang cantik. Tu yang excited gila nak pergi. Tapi mmg betul. Tersangat lah cantik tapiiiiiii TERSANGAT lah panas ! Memang terbakar kulit woooo ! Dekat bali kami menginap di losmen arthawan dengan harga RM15 untuk satu malam. Kami tidur 3 malam je sebab 1 malam lagi bersantai di airport sampai pagi. haha Murah !
Tempat tumpuan foreigner of course lah KUTA BEACH, centre bali. Tempat mat saleh surfing. Yang bersidai pun tak kurang hebatnya. Haha. Cuci mata lagiiiii :P
Kitorg pergi jugak beachwalk. Its like shopping complex untuk barangan berjenama. Everything you can get here. Reka bentuk mall nie menarik. Second day, ktorg sewa motor then merempitlah ke Tanah Lot, and Uluwatu tengok kechak dance. Jauhnya mak aiiii. Lenguh bontot. Haha. Kalau korang nak pergi, make sure sewa kereta. Pakai tour. Petang tu ktorg makan masakan padang. Sedap walaupun agak mahal. Hari ke3 dan ke4 ktorg just djalan2 dekat area Kuta. Sebab dekat sini banyak mall. Perkara buruk berlaku is, wallet killa hilang waktu dekat Uluwatu. Be careful bcause dekat indon ramai pencopet.
*KUTA beach and beachwalk
*TANAH LOT
*Watching kechak dance at Uluwatu
*monumen bali
I ♥ BALI :)
Pada 9/4, ktorg berlepas ke S'pore sebagai transit nak balik M'sia. Cadangya nak masuk USS tapi terbantut sebab wallet hilang. Kad bank takde, duet pun takda :(
Itulah suka duka percutian kali ini.
Enjoy reading :)
Monday, March 18, 2013 | 9:54 AM | 1 Sweet Princess
Okay, continue with the part2. Hari ke3 kami gerak ke hatyai. Dari Krabi Town ke bus station naik motor (rm5.00). Then amik bus ke hatyai naik bus (rm24.90) Sama macam tadi, 5 jam perjalanan !
Sampai je hatyai, Kami menginap di cathay guest house. Semalam (rm24.00). As usual, selesai je check in dan kemas barang, kami bersisap sedia nak serbu floating market hatyai ! haha
G floating market sama jugak naik motor. (RM20 for return trip)
Mereka semua ingat kami pasangan bercinta. Haha ! But he is my bestfriend ! Dari sem 1 sampai sem6 :)
Korang kalau g sini memang rambang mata. Itu nak, ini nak. Ya Allah, semua sedap dan murah2 tau.
Yang paling orang akan cari adalah air dalam bekas tanah ney. Mane nak jumpa kat tempat lain kan. Cantik (rm2.50)
Selesai serbu floating market, kami jalan pulak ke Lee Garden complex yang kena bom hari tu. Makin ketat pengawasan. Nak masuk kena cek beg bagai. Jalan-jalan. Kami cari SWENSEN laa. Datang hatyai, kami mesti cari aiskrim ney ! sedap dan murah (rm7.50)
Pada sebelah malamnya, kami menghabiskan masa berjalan di pekan hatyai. Bersepah-sepah orang malaysia. Hatyai kan syurga shopping. Penat membeli macam2 ! haha
Pada keeseokkan harinya, kami ke ICE DOME hatyai. Naik tuktuk (rm30 for return trip). Mmg patut pergi. Murah je. Tiket masuk (rm30).
Luas dan cantik. Menempatkan semua replika landmark negara Asean. KLCC pun ade tau. haha
Seronok ! sangat seronok ! Korang nak g? sila-sila. Nak mintak tip dari killa pun takde hal. My pleasure.
Selesai di ICE DOME kami balik ke hatyai semula. Shopping dan gerak pulang ke Malaysia naik train dari hatyai ke pdang besar (rm5.70) dan dari padang besar ke alor setar (rm7.00).
Selesai sudah percutian kami. Next destination, Indonesia and singapore next month ! see yaa :) Bye
|