// SYaKiLLa SyEd AlWi


Welcome everyone! Enjoy reading yaa! (Y)


► My Biography
► My Diary






» February 2011
» March 2011
» July 2011
» August 2011
» September 2011
» December 2011
» March 2012
» July 2012
» March 2013
» May 2013
» January 2016
» March 2016
» April 2016


Older Post | Newer Post
My Simple Wedding
Thursday, January 21, 2016 | 3:00 PM | 0 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Hai semua, rasanya terlalu lama tak update blog kesayangan ni. This year already 2016. Means killa pun dah 24 years old. Oh my God, pejam celik pejam celik sekejap je dah 24 tahun. Status pun dah berubah. Sekarang dah jadi isteri orang. Dah almost 6 month kawen. 19/07/2015 merupakan tarikh pernikahan kami. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan perkahwinan kami. Walaupun perkahwinan ni atas pilihan keluarga (acah2 drama tv gittew) tapi betul orang kata restu orang tua ni Insyaallah kita akan bahagia. And yes, I'm happy. Dapat suami yang helpful much, buat kerja rumah, memasak, basuh baju semua.

Tak semua perkahwinan pilihan keluarga tu pahit, dan tak semuanya indah. Terpulang pada kita nak mencoraknya macam mana.

Diberi masa 2 bulan je for wedding preparation mmg laa bajet yang ada tight sangat (bukan kawen dgn anak datuk mcm dalam drama ye. hehe) Banyak nya killa urus sendiri aje. Dari segi wedding card, pelamin, banner, doorgift, hantaran, baju pengantin. Semua DIY. Mungkin dimata orang tak cantik, tak lawa and tak megah. Tapi killa tak kerja lagi masa tu. Mana yg ada, kita buat aja. Mmg rasa terkilan tak dapat buat apa mcm yang kita impikan tapi parent kata buat yang wajib je.

So layankan jelaa gambar kat bawah ek. Hihi

Baju pun tempah dengan kawan. Beading jahit sendiri. Shawl and veil buat sendiri. Jimat bajet.

Pelamin DIY sendiri dibantu makcik makcik aje

First oudoor.

Hantaran pun DIY

Makeup yang letup letup ni dari MUA Manjer Touch

Second outdoor.
 
 
Alhamdulillah, walaupun simple dan bajet-bajet aje, tapi meriah. Yang penting dah nikah. Yeke idok? Yang penting bahagia.


EXPLORE INDONESIA :)
Thursday, May 2, 2013 | 5:22 PM | 1 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Finally, setelah 5bulan book tiket. dapat jugak menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Destinasi yang kami pilih untuk percutian kali nie adalah BANDUNG, JOGJAKARTA @YOGYAKARTA, dan yang paling pasti tak lain tak bukan BALI ! haha

Seronok? Memang seronok. Tak dinafikan. Disebabkan book tiket flight awal, dapat lah murah. Dah tentu AIRASIA (Now everyone can fly). Hahaha. Dari KL/Bandung(RM130), Bandung/jogja kami naik train je  (RM50), Jogja/Bali flight (RM59), dari bali kami transit ke Singapore also naik flight (RM99). See? Berbaloi kan ?

Okay, done story pasal tiket, now lets story mory about the interesting destination about that three places. First, BANDUNG. Kami menginap di Serena Hotel. Tapi killa lupa harganya. Hotel yang sangat selesa. Bandung merupakan destinasi wajib pergi bagi shoppaholic okay ! Murah giler babi u'olss. Rambang mata kot. Pilihan sangat banyak. Tempatnya adalah pasar baru. Telekung, kain pasang, langsir and macam2 lagi. Kat sini nak g mane2 naik angkot, sejenis kenderaan awam di bandung. Yang bestnya, dekat bandung, kami kenal sorang family. Baik sangat. Bapak Tony dan Ibu Yuliasari. Dorang yang banyak bantu kitorg dari segi jalan, tempat menarik, even hotel pun. Yang paling curlasss sekali, kami diajak dinner di puncak bukit tengok seluruh kota bandung. What a awesome moments right?? Kami di bandung 3 hari je. Selain pasar baru, Ibu belanja masuk Trans Studio Bandung, ala-ala Times Square gitu. Lawa sangat !

*serena hotel
*shopping (muka puas ! hahaha)
*dinner di puncak with bapak and ibu
*TRANS STUDIO

After bandung, kami ke JOGJAKARTA. Dekat sini, destinasi wajib pergi adalah marlioboro. Batik sumpah murah, kraftangan and banyak lagi. Kali nie bapak sponsor lagi kereta sewa dengan supir (pemandu) untuk bawak kami ronda satu jogja untuk tempoh 12jam. Mereka mmg baik. So, berpeluanglah kami ke candi borobudur. Salah satu Buddhist Temple yang sangat cantik dan unik. Telah diiktiraf oleh UNESCO. Tiketnya sangat lah mahal. RM60 bagi pelancong dan RM10 bagi penduduk tempatan. Jauh gila kan bezanya ? hmm. Ini pun bapak yang bayarkan :) Kami juga dibawa melawat BATIK HOUSE dan pusat kraftangan Jogja. Kami bermalam di jogja. Harga bilik RM 45. Agak mahal tapi dekat dengan airport sebab flight ke bali 6pg. hee

*railway station
*borobudur

5/4 kami bertolak ke BALI. Hoyeahhhh ! sampai jugak ke sini. Finallyyyyy *lompat gembira
Kan orang kata bali pulau yang cantik. Tu yang excited gila nak pergi. Tapi mmg betul. Tersangat lah cantik tapiiiiiii TERSANGAT lah panas ! Memang terbakar kulit woooo ! Dekat bali kami menginap di losmen arthawan dengan harga RM15 untuk satu malam. Kami tidur 3 malam je sebab 1 malam lagi bersantai di airport sampai pagi. haha Murah ! 

Tempat tumpuan foreigner of course lah KUTA BEACH, centre bali. Tempat mat saleh surfing. Yang bersidai pun tak kurang hebatnya. Haha. Cuci mata lagiiiii :P
Kitorg pergi jugak beachwalk. Its like shopping complex untuk barangan berjenama. Everything you can get here. Reka bentuk mall nie menarik. Second day, ktorg sewa motor then merempitlah ke Tanah Lot, and Uluwatu tengok kechak dance. Jauhnya mak aiiii. Lenguh bontot. Haha. Kalau korang nak pergi, make sure sewa kereta. Pakai tour. Petang tu ktorg makan masakan padang. Sedap walaupun agak mahal. Hari ke3 dan ke4 ktorg just djalan2 dekat area Kuta. Sebab dekat sini banyak mall. Perkara buruk berlaku is, wallet killa hilang waktu dekat Uluwatu. Be careful bcause dekat indon ramai pencopet. 

*KUTA beach and beachwalk
 *TANAH LOT
*Watching kechak dance at Uluwatu
*monumen bali
♥ BALI :)
Pada 9/4, ktorg berlepas ke S'pore sebagai transit nak balik M'sia. Cadangya nak masuk USS tapi terbantut sebab wallet hilang. Kad bank takde, duet pun takda :(
Itulah suka duka percutian kali ini. 
Enjoy reading :)

HOLIDAY in Krabi & Hatyai, THAILAND :) pART 2
Monday, March 18, 2013 | 9:54 AM | 1 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Okay, continue with the part2. Hari ke3 kami gerak ke hatyai. Dari Krabi Town ke bus station naik motor (rm5.00). Then amik bus ke hatyai naik bus (rm24.90) Sama macam tadi, 5 jam perjalanan !

Sampai je hatyai, Kami menginap di cathay guest house. Semalam (rm24.00). As usual, selesai je check in dan kemas barang, kami bersisap sedia nak serbu floating market hatyai ! haha
G floating market sama jugak naik motor. (RM20 for return trip)

Mereka semua ingat kami pasangan bercinta. Haha ! But he is my bestfriend ! Dari sem 1 sampai sem6 :)
Korang kalau g sini memang rambang mata. Itu nak, ini nak. Ya Allah, semua sedap dan murah2 tau.
Yang paling orang akan cari adalah air dalam bekas tanah ney. Mane nak jumpa kat tempat lain kan. Cantik (rm2.50)


Selesai serbu floating market, kami jalan pulak ke Lee Garden complex yang kena bom hari tu. Makin ketat pengawasan. Nak masuk kena cek beg bagai. Jalan-jalan. Kami cari SWENSEN laa. Datang hatyai, kami mesti cari aiskrim ney ! sedap dan murah (rm7.50)


Pada sebelah malamnya, kami menghabiskan masa berjalan di pekan hatyai. Bersepah-sepah orang malaysia. Hatyai kan syurga shopping. Penat membeli macam2 ! haha

Pada keeseokkan harinya, kami ke ICE DOME hatyai. Naik tuktuk (rm30 for return trip). Mmg patut pergi. Murah je. Tiket masuk (rm30).
Luas dan cantik. Menempatkan semua replika landmark negara Asean. KLCC pun ade tau. haha


Seronok ! sangat seronok ! Korang nak g? sila-sila. Nak mintak tip dari killa pun takde hal. My pleasure.
Selesai di ICE DOME kami balik ke hatyai semula. Shopping dan gerak pulang ke Malaysia naik train dari hatyai ke pdang besar (rm5.70) dan dari padang besar ke alor setar (rm7.00). 

Selesai sudah percutian kami. Next destination, Indonesia and singapore next month ! see yaa :) Bye








HOLIDAY in Krabi & Hatyai, THAILAND :) pART 1
| 9:10 AM | 2 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

See? Habis je present terus pergi holiday with my classmate ! wahwahwah, bahagianya hidup. Haha
For trip kali nie, banyak jugak killa spend. about 600MYR.
Destinasinya? KRABI & HATYAI. I'm sure korang mesti tau kan negara mana. Jiran kite je Thailamd. In fact, Thai is a beautiful country with very friendly and nice people. Meh killa ceritakan dengan lebih lanjut. Hehe

Kami bertolak dari alor setar on Thursday (14/03/2013). Plan awal nak naik train je ke padang besar. Tapi malangnya, train terlepas. So, we took a taxi to Danok. Bajet agak lari tapi under control. RM60. Yang bagusnya naik taxi is, we arrive only in 45min. Kalau naik train, 3 jam ! haha



Sampai dekat Sadao immigration. So, like always we have to stamp our passport and fill in the arrival card. Kat sini kena bayar RM2, macam rasuah je. haha 
After that, kami nai van untuk ke hatyai, RM5.70. Lebih kurang dalam 45min jugak.
Berhenti di bus station hatyai, amik bus ke krabi. Cost around RM23.90.

A long journey after all. Killa ingat dekat je hatyai dengan krabi. Rupanya jauh kot. 5 jam. Mcm dari kuantan nak ke ipoh ! Huuu

Sampai je kat Krabi bus station, kami naik teksi motor untuk ke pekan KRABI atau lebih dikenali sebagai Krabi Town. RM 8.00


Inilah teksi motor ! haha. Kami memilih hotel GOOD DREAM sbg tempat untuk bermalam.
Memang murah. Dua malam hanya RM54. Murah kan, dua malam okay ! Memandangkan kami ney backpacker, kena lah cari yg ngam engan bajet. Hehe
Bilik dia kemas dan okay tau even murah. Toilet pun superb !


Selesai check in dan letak barang semua. Bermulalah pengembaraan kami di sekitar pekan krabi.
Mencari makanan yg awesome lagi superb ! haha
Antara makanan yan g perlu korang cuba. Coconut ice cream(rm2.00), Banana pancake (rm 2.00) and kuey teow sup (rm3.50), Telur puyuh (rm2.00)


We walk here and there all around the Krabi Town for searching the Phi Phi Island Tour. Penat mencari, akhirnya dapat. RM95 (full package termasuk makan, snorkelling, and speed boat). Harga yang dapat tu pun lepas penat tawar menawar. Kami pun terus bayar and confirm join that tour pada keesokan harinya. After that, we walk and walk again. Balik je hotel, agen tadi datang and bagitau tour ke Phi Phi Island full. So we change to 4 Island Tour withe the same price. Cantik jugak semua pulau yang ade tau !


Hari kedua, kami join tour. Snorkelling !Sumpah ! Pulau yang sangat cantik :) Tak laa lama sangat tour ney. Dari pukul 10pg-2.30ptg. Melawat 5 pulau. Malam seperti biasa, cari makan di Krabi night market !


Ikan bakar ney ade dalam 20cm panjang ! besar tau tapi baru (rm5.00). Puas makan sini dan sana, kami pergi shopping baju krabi pulak. 12 helai (rm 139) pelbagai size (s,m,lxl,xxl) Nak beli baju ney kena pandai tawar okay !


Inilah jurual baju tu. Terima kasih sebab bagi baju yang murah harganya. Sangat puas hati ! :)
Settke membeli semua, balik tidur. 

CONTINUE WITH  THE HATYAI TOUR DALAM NEXT STORY...









last DAY at KPTM Alor Setar ! :D
Wednesday, March 13, 2013 | 11:20 PM | 2 Sweet Princess
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Haishh, sekejap je masa berlalu. Tamatlah sudah diploma sepanjang 3 tahun di alor setar.
SEDIH ! mmg sedih nak tinggal kolej, kawan2, and also lecturer yg sporting.
Payah nak cari hoii dekat tempat lain.
Ni jelah gambar yang sempat diambil pada hari last. After finish with the presentation of industrial training :D






KPTM ! Sumpah aku akan rindu kau. Good luck friends. I love you Miss Farah, Miss Zira, Miss Lenee and also Miss Lenee. Tak lupa juga pada semua lecturer yg curah ilmu pada killa :) Semoga hidup kalian diberkati. Amin !


PAST | PRESENT